CLUTCH (KLAC)
FUNGSI (TEKNIKAL)
Secara ringkasnya klac berfungsi untuk memutuskan penghantaran kuasa dari engin ke roda.
(kedudukan klac adalah terletak diantara engin dan kotak gear).
FUNGSI (SECARA PRAKTIKAL/AMALAN/PRINSIP)
1. Untuk menukar kedudukan gear sama ada dalam keadaan enjin hidup/mati, bergerak/berhenti.
2. Untuk berhenti atau hendak terberhenti ditekan bersama-sama brek untuk mengelakkan enjin mati.
3. Untuk mengawal pergerakan perlahan (di bawah 15km/j) ketika mengunakan gear 1 atau undur. contohnya dalam keadaan jem, memarkir atau olahgerak 3 penjuru, selekoh S dan Z, *klac diangkat sekadar kenderaan mula bergerak, klac ditekan semula untuk kembali perlahan.
* Klac perlu diangkat sepenuhnya untuk menambah kelajuan sebelum pedal pemecut ditekan.
KLAC DILARANG SAMA SEKALI DIGUNAKAN JIKA
1. Mengambil selekoh tajam - penukaran gear ke rendah adalah sebelum selekoh. Gear rendah berfungsi sebagai brek.
2. Menurun bukit - Penukaran gear rendah sebelum menurun, Gear rendah berfungsi sebagai brek, kurangkan penggunan brek.
3. Dalam kelajuan tinggi - Kehilangan beban boleh menyebabkan kenderaan ringan dan sukar dikawal.
TEKNIK MENGAWAL KLAC
1. Kedudukan tapak kaki sebaris dengan padel klac.
2. Pastikan tumit di lantai dan hanya bahagian antara jari kaki dan tapak kaki bersentuhan padel.
3. Cara menekan. Tolak padel dengan tumit diseretkan dilantai. *Tumit jangan diangkat.
4. Cara Melepaskan. Jongkitkan tapak kaki dengan tumit tetap tidak berganjak dari lantai. biarkan padel mengelongsor di tapak kaki.
5. Tahan tapak kaki dengan menekan tumit ke lantai bila kenderaan mula bergerak.. jangan terus dilepaskan.
6. Tekan semula klac sekiranya ingin perlahan semula...
7. teruskan angkat klac sekiranya ingin meneruskan kelajuan tanpa tumit terangkat dari lantai.
8. kawal pergerakan tapak kaki mengunakan buku lali, bukan lutut.
9. Alihkan kaki dari padel hanya sebaik jongkitan tapak kaki sudah terlepas dari padel.
10. Ingat.. Tumit dan buku lali adalah kunci untuk kawalan klac yang lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan