Bloger



ASSALAMMUALAIKUM/SALAM SEJAHTERA..














LATARBELAKANG


Sedikit berkaitan profail saya untuk pengetahuan umum, saya Kapt(B) Mohamad Isqandar bin Salleh, Berasal dari Batu Pahat, Johor dan sekarang telah bermastautin di Seri Kembangan, Selangor, Berusia 44 tahun (2014), Telah berkeluarga dan mempunyai 3 orang cahaya mata (2 dara 1 teruna).. Gaya hidup agak sederhana dan masih berpegang dengan keterampilan sebagai seorang Pegawai Tentera (cuma dah tak garang... faktor usia kot.. jgn bimbang andai ditakdirkan menjadi pelatih saya)

PENDIDIKAN

DARJAH 5 - SRJK(C) YAANI
Telah menerima pendidikan awal di Sek Rendah Jenis Kebangsaan (C) Yaani, Yong Peng, kemudiannya di Sekolah Menengah Rendah Dato' Seth, Yong Peng dan seterusnya menengah atas dalam aliran Sains di Sekolah Menengah Yong Peng, sebelum bertukar aliran kepada Teknikal di Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera (AFATS - G19). (telah dibentuk menjadi tentera seawal usia 16 tahun). 

TINGKATAN 3 - SMDS


TINGKATAN 4 - AFATS
        
TINGKATAN 5 - AFATS

POLITEKNIK KOTA BHARU
Berpeluang melanjutkan pelajaran di Politeknik Ungku Omar (SPM tak cantik sangat) dalam bidang Kejuruteraan Makanikal Automotif sebelum meneruskan pengajian (CGPA sijil - dah cantik sikit) ke Politenik Kota Bharu dalam bidang yang sama. Berjaya menamatkan pengajian (CGPA Diploma - dah cantik) dan telah ditawarkan peluang melanjutkan pelajaran ke German juga dalam bidang yang sama dengan biasiswa penuh JPA. tapi sayangnya atas kekangan Jabatan (dalam ATM) ketika itu, rezeki di depan mata terpaksa dilepaskan berlalu (maknanya tak de rezeki), Atas dasar kecewa (usia muda masa tu), maka tiada lagi niat apa lagi usaha untuk meneruskan pengajian kemudiannya sehinggalah ke hari ini..


KERJAYA


Telah diTauliahkan sebagai Pegawai Tugas Am dalam Kor Jurutera Letrik Dan Jentera DiRaja Angkatan Tentera Malaysia dengan Pangkat Leftenan selepas tamat pengajian dan Jabatan telah "menggantikan" German dengan Ulu Tiram (Maktab Tentera DiRaja - Graduate Cadet) untuk sekali lagi dibentuk menjadi Pegawai Tentera terlatih.


Pernah berkhidmat di Kem Desa Pahlawan, Kelantan sebagai Pegawai Subaltan, kemudian Pegawai Takbir. Berpeluang berkhidmat di Bosnia Herzigovina selama 8 bulan (MALCON V) sebagai Pegawai Operasi, dan kembali semula ke Kelantan, Telah dinaikkan pangkat Kapten dengan menjawat jawatan Penolong Pegawai Pemerintah (my boss Mejar Hasbullah masa tu).

MALCON V - REME
Kemudiannya telah di tukarkan ke Kementrian Pertahanan dengan menjawat Jawatan Pegawai Staf 3 Rancang (Bangunan) dalam Jabatanarah sebelum memohon menamatkan perkhidmatan. Bukan tak suka, bukan tak cinta dgn kerjaya ketenteraan... tapi atas dasar kecewa yang pertama tadi menyebabkan hilang minat menghadiri sebarang kursus kerjaya (wajib untuk kenaikan pangkat), tak nak juga kekal di pangkat lama (Kapten) sampai pencen maka pada usia 35 tahun, perkhidmatan telah dilepaskan dengan talak 2... satu talak lagi tak boleh lepas (Sumpah Perwira.. kena kembali berkhidmat semula dengan pangkat asal (kerana itu Pegawai Tentera sandang pangkat dia walaupun dah berhenti/pencen) bila YDP Agong/Negara memerlukan).


 Pernah dilantik semula ke Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Timbalan Komandar Latihan PLKN secara kontrak, tapi meletak jawatan semula kemudiannya atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.

KERJAYA SEBAGAI PENGAJAR MEMANDU (DI) & SMALL BUSINESS

Serba ringkas berkaitan kerjaya baru, Kerjaya sebagai DI bermula pada pertengahan tahun 2006, dengan peringkat awalnya telah menyertai program francais anjuran Institut Memandu METRO dan seterusnya telah menghadiri kursus anjuran JPJ bagi memperolehi Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) dalam tahun yang sama. 

Pada tahun 2007, telah menyertai Institut Memandu Amsa sebagai DI, kemudian pada tahun berikutnya telah berjaya menubuhkan dan mengurus sendiri peniagaan kecil di bawah hak Rakan Niaga kepada Institut tersebut sehinggalah ke hari ini. Telah menghadiri kursus lanjutan Sijil Kemahiran Mengajar Kurikulum Pendidikan Pemandu (Penceramah) anjuran Akademi JPJ Melaka pada tahun 2010 dengan gred kepujian bagi memperkasakan lagi kerjaya baru yang diceburi. 


'DI' PADA PANDANGAN UMUM

Selain dari mengurus sendiri perniagaan kecil, kerjaya sebagai DI sebenarnya sangat menarik dan memerlukan komitmen yang tinggi serta kesungguhan. Saya terpanggil untuk mengupas sedikit kerjaya ini untuk tatapan dan renungan. 

Kerjaya ini sering di pandang rendah oleh segelintir atau mungkin kebanyakan orang yang merasakan diri mereka berkedudukan dan berpendidikan, lebih malang lagi, kerjaya ini bukan dianggap profisional sedangkan ia melibatkan nyawa dan keselamatan, Seorang Pengajar Memandu hanya dianggap sebagai pemangkin untuk memperolehi lesen/sekeping kertas, tidak dihormati bahkan tidak pernah terbela sedangkan ia lebih hebat dari seorang pendidik yang hanya semata-mata bergaji besar tapi tidak komited. 

Berdasarkan pengalaman saya, saya terpaksa mengunapakai 'pangkat' berserta keegoan dalam perkhidmatan dahulu untuk melonjakkan kerjaya baru saya supaya berkesan melawan pandangan serong sesetengah mereka yang ada kalanya terlalu negetif terhadap DI, Anda boleh layari mana-mana web/blog DI dari negara blok barat yang di kawal oleh Badan Profisional sebagai rujukan bertapa mereka mendapat tempat di dalam masyarakat.

DI UNTUK SEKEPING KERTAS 

Rintitan dari sikap umum terhadap DI, pastinya ilmu yang dituntut tidak akan bermakna dan berkat, mungkin ini juga anugerah tuhan kenapa kadar kemalangan di negara kita masih kekal ditakuk lama, attitude/sikap kita menuntut ilmu bukan kerana perlunya ilmu itu untuk digunapakai, tetapi yang diperlukan hanya sekeping kertas/kad lesen untuk mengelakkan dari di saman sahaja. Kerana itu perubahan silibus baru-baru ini yang melibatkan kenaikan kos disebabkan jam latihan praktikal ditambah, hangat dipertikaikan dan yang lebih menyedihkan ada di kalangan kita mengeluarkan kenyataan "kenapa perlu bayar mahal untuk sekeping kertas". (anda yang hebat-hebat di luar sana.. cuba renungkan..) anda menuntut ilmu kan?.. 

Biarpun setakat asas... tapi ia digunapakai sampai anda tidak berupaya memandu.. "saya dah boleh memandu pun, kenapa nak bayar belajar lagi, bukan ke betul bayar mahal utk sekeping kertas"... taukah anda, kebanyakan yg gagal ujian JPJ juga calon yg dah boleh memandu.. kenapa???.. kerana dia memang semata2 nak kan sekeping kertas !.. dia dah pandai, dah tak boleh di ajar, hantamlah labu.. berdasarkan pengalam saya, anda memang boleh memandu, tapi anda tetap tidak tahu undang-undang (nak approach roundabout pun tak betul) dan tak tau teknik pemanduan yang selamat (tekan klac time kereta laju, turun bukit.. kononnya nak save minyak/tak nak bunyi kuat.. yang ini lagi lah, si luncai terjun dgn labu-labunya)..

PUTERA & PUTERI SINAR HARAPAN


   









Tiada ulasan:

PERINGATAN

INGATAN BAGI MENGELAKKAN PENIPUAN !!!

# Kenalpasti terlebih dahulu dengan siapa anda berhubung.
# Buat temujanji dan minta bukti2 untuk memastikan kesahihannya.
# Sekiranya pendaftaran melalui tel., pastikan hanya bayaran pendaftaran dibuat, selebihnya dibuat setelah anda berada dilokasi kursus.
# Pastikan anda mendapat penerangan secukupnya.
# Pastikan anda diberikan sebutharga yang lengkap.
# pastikan tiada harga atau bayaran yang terselindung selain dari bayaran2 yang telah diterangkan.
# sekiranya anda anggap harga yang ditawarkan rendah, pastikan anda diberi penerangan yang jelas berkaitan perkhidmatan yang akan diberikan.
# jangan sekali-kali membuat pembayaran awal lebih dari 50% harga yang ditawarkan.
# kenalpasti siapakah yang akan mengajar anda atau pengurusnya, dapatkan sekurang2nya nombor sijil pengajarnya. ia bagi membolehkan anda membuat aduan kepada JPJ sekiranya berlaku perkara2 yang tidak diingini kelak.
# Hubungi kami untuk maklumat & khidmat nasihat percuma walaupun anda tidak mendaftar dengan kami.

PILIH KAMI

KENAPA ANDA BOLEH MEMPERCAYAI KAMI !!!

BAGI MEMENUHI PIAWAIAN KUALITI PERKHIDMATAN & KETEPATAN MASA YANG DIJANJIKAN, KAMI TIDAK MEMERLUKAN KUANTITI CALON. PENDAFTARAN ADALAH TERHAD PADA SATU-SATU MASA.

*. KAMI BERKHIDMAT UNTUK MENCARI KEUNTUNGAN BERDASARKAN TANGGUNGJAWAB, KESUNGGUHAN DAN AMANAH.
*. MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DARI RUMAH ANDA TERUS KE LITAR LATIHAN/UJIAN.
*. LATIHAN DI BUAT DI LITAR UJIAN.
*. HANYA 1 CALON DILATIH DALAM TEMPOH MASA YANG DITETAPKAN.
*. TIDAK PERLU MENUNGGU GILIRAN SEMASA LATIHAN (BERDASARKAN PENJADUALAN UNTUK CALON YANG DATANG SENDIRI)
*. JADUAL LATIHAN DI CADANGKAN OLEH CALON SENDIRI.
*. KHIDMAT PENGANGKUTAN DISEDIAKAN DAN TIDAK DITOLAK DARI MASA LATIHAN.
*. BAYARAN SECARA ANSURAN DENGAN BAYARAN PERMULAAN YANG RENDAH.
*. TIADA BAYARAN TERSEMBUNYI, SEMUANYA DITERANGKAN KEPADA CALON.
*. POTONGAN HARGA BERDASARKAN PROMOSI DARI MASA KE SEMASA.
*. POTONGAN HARGA UNTUK PENDAFTARAN SECARA BERKELOMPOK.
*. POTONGAN HARGA KEPADA CALON YANG MENDAFTARKAN KENALAN KEPADA KAMI.
*. PENGAJAR YANG BERPENGALAMAN DAN MEMPUNYAI SIJIL YANG SAH DI SISI UNDANG-UNDANG.
*. PENGAJAR YANG SABAR DAN BERTANGGUNGJAWAB.
*. KENDERAAN LATIHAN YANG SAH DAN SELAMAT DIGUNAKAN.

TERMA PENETAPAN HARGA

1. TANPA PENGANGKUTAN. Harga adalah mengikut harga yang ditetapkan oleh JPJ. (Caj perkhidmatan mengurus akan dikenakan).

2. PENGANGKUTAN PENUH. Caj pengangkutan dari mula hingga tamat program akan ditambah dari harga asal berdasarkan purata jarak perjalanan dari rumah anda ke litar latihan di Bangi sepanjang tempoh kursus. Caj yang dibenarkan oleh pihak JPJ adalah RM0.50/km sehala.

3. GST. Bermula 01/04/15, Semua transaksi bayaran yang melibatkan kos kepada pihak yang mendaftar dengan GST akan di tanggung oleh pelanggan/calon. Pihak yang terlibat dengan GST:

>. IM (HQ). (sewaan litar, kursus, sewaan kenderaan jika perlu dan tempahan ujian praktikal termasuk test card), - oleh Institut Memandu Amsa.
>. Pusat Ujian Berkomputer (ujian teori dan pengeluaran lesen L) - oleh MyEg Services

SELEKOH 'Z'

SELEKOH 'S'

LESEN KELAS H

HYDROPLANING/AQUAPLANING

ROUNDABOUT

KENDERAAN LATIHAN YANG SELAMAT

HOW TO AVOID CAR ACCIDENTS

Avoiding accidents can save you a lot of time and money

1. Slow down. Obey the speed limit even if every other car is surpassing it. Remember that police officers often stay hidden from view while looking for speeders. If you're caught driving too fast, they won't hesitate to give you a ticket.

2. Let others pass you. Defensive driving means letting others go ahead-not defending your position in traffic. Avoid the urge to be a vigilante ("Oh yeah? Let me show you what it's like to be cut off like that!") Accept the fact that someone is always going to think they're in more of a hurry than you. These are the drivers you want to move far away from, not to 'teach them a lesson.'

3. Try to avoid driving in bad weather. Always keep your windshield wipers going in the rain or snow. Defrost your windshield to keep it from fogging up. Turn on your headlights to help others to see you--this is also the law in some states. If possible, try to avoid driving in the snow at all, especially if your car is rear wheel drive. If you must go out in the snow, drive extra slow, use the brakes and gas pedal gently, and maintain an increased stopping distance.

4. Never get into a car with a drunk driver. It is always best to have a "designated driver". Never drive after you have had alcoholic beverages. Even one beer can alter your ability to drive safely.

5. Wear a seatbelt. This is a must. By law in many countries, all cars must have a safety restraint. Buckling up only takes a second and can save your life in an accident. Children should always be in a booster seat or car seat until they are tall enough and heavy enough to sit by themselves. This generally includes children age eight and under. Never put a child in a car or booster seat in the front passenger seat or other seat with airbags. Children should generally be 12 and older when sitting in the front passenger seat.

6. Keep your car and its accessories in good condition. Keep the tires properly inflated, the brakes adjusted, and the windshields and windows clean. Replace windshield wiper blades when they begin to streak, and all make sure all the lights are working properly.

7. Use your signals properly. Always use your signal, even if you think no one is there. When changing lanes on the freeway, don't signal as an afterthought or during the lane change. Signal at least a couple of seconds in advance so others know what you're going to do before you do it. (Ever notice how most of the skid marks along the highway are just before an exit ramp? - this is where you have to be the most careful.)

8. Don't tailgate. No matter how slowly traffic is moving, keep at least two seconds of following distance between you and the car ahead. Any less and you won't be able to stop in time if the driver ahead slams on the brakes.

9. Keep your eyes moving. Don't get in the habit of staring at the back of the car ahead of you. Periodically shift your eyes to the side-view mirrors, the rear-view mirror, and ahead to where you'll be in 10-15 seconds. Doing this, you can spot a potentially dangerous situation before it happens.

10. Dim your lights when driving at night, when another car is approaching, or when you are following behind a vehicle. Your lights can temporarily blind another driver.

11. Avoid distractions when you are driving. Pull over if you need to talk on the phone, read directions, or eat a snack. It only takes a second or two of distraction to get into trouble.

TRANSLATE