Selasa, 24 Mei 2011

MEMANDU Dl LEBUHRAYA

Pendahuluan
Memandu di lebuhraya adalah lebih mudah dan selesa. Walau bagaimanapun bag! pemandu yang tidak pernah menggunakan lebuhraya, mungkin akan mengalami satu pengalaman yang baru. Kemalangan yang berlaku di lebuhraya disebabkan sikap pemandu yang mengambil mudah semasa memandu dilebuhraya dengan memandu secara laju tanpa memikirkan soal keselamatan.
Pemandu haruslah bijak untuk bertindak pantas ketika kecemasan semasa memandu di lebuhraya. Misalnya terjadi pemandu panik dan mereka tidak pasti apa yang harus dibuat, walaupun mereka mempunyai pengalaman memandu bertahun-tahun. Apa yang penting adalah pemandu yang memandu di lebuh raya perlu mengubah anggapan bahawa lebuhraya bukanlah tempat untuk memandu dengan laju atau bertindak dengan sesuka hati. la lebih merupakan satu kemudahan bagi keselesaan pemandu-pemandu kenderaan.

Berikut beberapa garis panduan yang perlu diketahui sebelum dan semasa memandu:
Sebelum Memandu
  1. Perkara asas yang perlu ialah pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik. Pemanduan di lebuhraya memerlukan kenderaan yang 'baik' di mana kenderaan tersebut perlu dijaga dan diservis mengikut jadual.
  2. Tayar mestilah diisi dengan tekanan angin yang betul dan berada dalam keadaan baik. Untuk perjalanan yang jauh atau apabila muatan kenderaan penuh, gunakan tekanan tayar yang tinggi.
  3. Pastikan pemandu selesa dengan tempat duduk dan juga dengan tali pinggang keledar. Elakkan cuba menyelaras/ membetulkan tempat duduk ketika pemandu sedang memandu kerana ia boleh mengganggu tumpuan
    pemandu.
  4. Jangan menggantung tuala atau pakaian pada pintu dengan usaha untuk mengelakkan cahaya. Ini akan menghadkan pandangan belakang dan tepi pemandu. Jika ingin mengelakkan cahaya matahari, gunakan skrin
    penahan cahaya yang dijual di kedai assesori kenderaan.
  5. Berpakaian ringkas,selesa dan berkasut.Elakkan memakai selipar kerana ia mungkin tersekat antara brek atau pedal pemecut. Jika pemandu berasa lebih selesa tanpa memakai kasut, pilih sandal yang mengikat kukuh pergelangan kaki.
  6. Jangan membawa terlalu ramai penumpang. (Maksima: 4 orang dewasa, termasuk pemandu atau 5 orang termasuk seorang kanak-kanak di dalam kereta) atau terlalu banyak barang-barang. Pemandu tidak akan selesa jika kereta yang di pandu terlalu berat.
  7. Pastikan setiap orang termasuk kanak-kanak memakai tali pinggang keledar dan pintu telah dikunci dengan selamat. Gunakan kunci khas untuk kanak-kanak jika ada kanak- kanak di dalam kereta.
  8. Adalah dinasihatkan untuk membawa bersama-sama alat kelengkapan untuk menghadapi kecemasan seperti lampu suluh dan payung.
Semasa Memandu
 
1)Perhatikan had laju dan memandulah antara had yang dibenarkan.Had kelajuan maksima- yang tertera di lebuhraya ialah 110 km/j dan tidak semestinya memandu dengan kelajuan yang maksima tersebut, adalah dinasihatkan mengikut kelajuan yang sesuai.

2)Sangat penting bagi pemandu untuk perhatikan semua tanda-tanda isyarat yang dipamerkan di lebuhraya yang menunjukkan perubahan had kelajuan yang sesuai.

3)Berhenti dan berehatlah di perhentian sebelah berikutnya. Tidak dibenarkan berhenti di lorong kecemasan kecuali ketika kecemasan kerana tindakan ini merbahaya dan menyalahi undang-undang.

4)Perhatikan tanda isyarat lalulintas yang dipamerkan berhampiran hentian sebelah atau persimpangan. Perlahankan kenderaan semasa menghampiri hentian sebelah atau persimpangan kerana mungkin ada pemandu yang memperlahankan kenderaan untuk berhenti atau keluar dari lebuhraya pada persimpangan jalan.

5)Berhati-hati juga terhadap kereta yang keluar dari hentian sebelah atau kereta yang masuk ke lebuhraya dari persimpangan.

6)Lihat kepada pengukur suhu dan penunjuk yang lain untuk memeriksa suhu dan keadaan minyak enjin dan bateri.

7)Hendaklah sentiasa memandu di sebelah kiri (lorong di sebelah luar) lebuhraya. Lorong sebelah dalam hanya untuk memotong. Jangan jadi pemandu yang pentingkan diri sendiri.

8)Jika jalan mempunyai tiga lorong, lorong luar untuk memandu perlahan, lorong tengah untuk memandu laju dan memotong, manakala lorong sebelah dalam untuk memotong sahaja. Jangan terus memandu di lorong sebelah dalam.

9)Papan tanda juga menunjukkan jarak destinasi. Ini akan membantu pemandu membuat keputusan sama ada harus berhenti di hentian sebelah yang berikutnya untuk berehat, makan atau pergi ke tandas. Adalah tidak bijakj untuk memandu berterusan melebihi dua 1 jam.Pemandangan yang sama sepanjang lebuhrayaj boieh menyebabkan menjadi bosan dan berasaj mengantuk.

10)Gunakan lampu besar untuk memberi amaran kepada kereta hadapan supaya bergerak ke lorong luar jika kenderaan tersebut bergerak perlahan. Pemandnj hendaklah bergerak ke lorong luar sekira-nya terdapatl kenderaan di belakang anda hendak ke lorong dalam. Kenderaan tersebut mungkin melampaui had kelajuan yang ditetapkan, tetapi janganlah melakukan sesuatu yang membahayakan seperti menghimpit kenderaan kepada pembahagi jalan.

11)Kadangkala terdapat pemandu yang menggunakan lorong perlahan sehingga/walaupun telah banyak kereta memotongnya. Ini akan menyebabkan kereta berbaris di belakang dan tidak boleh bergerak lancar sehingga kenderaan itu bergerak ke lorong perlahan.

12)Sentiasa nyalakan lampu isyarat sebelum memotong atau menukar lorong. Pemandu mungkin merasakan tindakan tersebut tidak perlu apabila tidak kelihatan kereta di belakang. Walau bagaimanapun, pemandu mestilah ingat bahawa pandangan belakang dan sisi terdapat kawasan yang tidak dapat dilihat yang tidak memungkinkan untuk anda melihat kenderaan.

13)Tetapkan jarak yang munasabah dari kereta hadapan. Gunakan peraturan 2 saat. Ini akan memberi masa yang cukup untuk bertindak jika kereta di hadapan berhenti tiba-tiba atau mengalami kerosakan.

14)Jangan sesekali memasang lampu 'hazard' semasa memandu. Pasangkan lampu besardan lampu belakang jika hari hujan. Terdapat pemandu kenderaan mempunyai tanggapan yang salah terhadap penggunaan lampu 'hazard', la hanya digunakan untuk memberi amaran bahawa kepada pemandu kenderaan yang lain dan seharusnya digunakan apabila kereta itu berhenti, terutama apabila berhenti di lorong kecemasan.

15)Walau bagaimanapun, pemandu diingatkan bahawa lorong kecemasan hanya untuk keadaan kecemasan, Berhenti di lorong kecemasan untuk menjawab atau membuat panggilan telefon adalah salah. Jika perlu menjawab panggilan penting, beritahu kepada rakan yang membuat panggilan tersebut bahawa anda akan menghubunginya apabila tiba di hentian sebelah yang terdekat.

16)Berhati-hati terhadap kereta yang berhenti di lorong kecemasan. Ini kerana kadang-kadang pemandu kenderaan tersebut akan membuka pintu tanpa mempastikan kenderaan yang datang dari arah belakang. Berhati-hati juga terhadap pemandu motosikal yang berhenti di bawah jambatan ketika hari hujan.

17)Merancang perjalanan adalah penting jika tidak biasa memandu di lebuhraya, elakkan memandu pada waktu malam atau pada musim hujan.

18) Memandu pada waktu tengahari amat memenatkan. Oleh itu, pastikan pemandu mempunyai rehat yang cukup sebelum memandu. Berehatlah di perhentian sebelah selepas dua (2) jam perjalanan. Keluar daripada kereta dan lakukan sedikit senaman regangan, tarik nafas dan memandu semula apabila telah bersedia.

Selepas memandu
Selepas menamatkan perjalanan terutamanya perjalanan jauh, pemandu dinasihatkan memeriksa semula keadaan kenderaan, air bateri, sistem penyejuk, minyak enjin, tekanan angin tayar dan kerosakan-kerosakan kecil pada komponen kenderaan mungkin berlaku. Perbetulkan atau baikpulih semula kerosakan bagi mempastikan keadaan yang baik sentiasa terpelihara.

Tiada ulasan:

PERINGATAN

INGATAN BAGI MENGELAKKAN PENIPUAN !!!

# Kenalpasti terlebih dahulu dengan siapa anda berhubung.
# Buat temujanji dan minta bukti2 untuk memastikan kesahihannya.
# Sekiranya pendaftaran melalui tel., pastikan hanya bayaran pendaftaran dibuat, selebihnya dibuat setelah anda berada dilokasi kursus.
# Pastikan anda mendapat penerangan secukupnya.
# Pastikan anda diberikan sebutharga yang lengkap.
# pastikan tiada harga atau bayaran yang terselindung selain dari bayaran2 yang telah diterangkan.
# sekiranya anda anggap harga yang ditawarkan rendah, pastikan anda diberi penerangan yang jelas berkaitan perkhidmatan yang akan diberikan.
# jangan sekali-kali membuat pembayaran awal lebih dari 50% harga yang ditawarkan.
# kenalpasti siapakah yang akan mengajar anda atau pengurusnya, dapatkan sekurang2nya nombor sijil pengajarnya. ia bagi membolehkan anda membuat aduan kepada JPJ sekiranya berlaku perkara2 yang tidak diingini kelak.
# Hubungi kami untuk maklumat & khidmat nasihat percuma walaupun anda tidak mendaftar dengan kami.

PILIH KAMI

KENAPA ANDA BOLEH MEMPERCAYAI KAMI !!!

BAGI MEMENUHI PIAWAIAN KUALITI PERKHIDMATAN & KETEPATAN MASA YANG DIJANJIKAN, KAMI TIDAK MEMERLUKAN KUANTITI CALON. PENDAFTARAN ADALAH TERHAD PADA SATU-SATU MASA.

*. KAMI BERKHIDMAT UNTUK MENCARI KEUNTUNGAN BERDASARKAN TANGGUNGJAWAB, KESUNGGUHAN DAN AMANAH.
*. MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DARI RUMAH ANDA TERUS KE LITAR LATIHAN/UJIAN.
*. LATIHAN DI BUAT DI LITAR UJIAN.
*. HANYA 1 CALON DILATIH DALAM TEMPOH MASA YANG DITETAPKAN.
*. TIDAK PERLU MENUNGGU GILIRAN SEMASA LATIHAN (BERDASARKAN PENJADUALAN UNTUK CALON YANG DATANG SENDIRI)
*. JADUAL LATIHAN DI CADANGKAN OLEH CALON SENDIRI.
*. KHIDMAT PENGANGKUTAN DISEDIAKAN DAN TIDAK DITOLAK DARI MASA LATIHAN.
*. BAYARAN SECARA ANSURAN DENGAN BAYARAN PERMULAAN YANG RENDAH.
*. TIADA BAYARAN TERSEMBUNYI, SEMUANYA DITERANGKAN KEPADA CALON.
*. POTONGAN HARGA BERDASARKAN PROMOSI DARI MASA KE SEMASA.
*. POTONGAN HARGA UNTUK PENDAFTARAN SECARA BERKELOMPOK.
*. POTONGAN HARGA KEPADA CALON YANG MENDAFTARKAN KENALAN KEPADA KAMI.
*. PENGAJAR YANG BERPENGALAMAN DAN MEMPUNYAI SIJIL YANG SAH DI SISI UNDANG-UNDANG.
*. PENGAJAR YANG SABAR DAN BERTANGGUNGJAWAB.
*. KENDERAAN LATIHAN YANG SAH DAN SELAMAT DIGUNAKAN.

TERMA PENETAPAN HARGA

1. TANPA PENGANGKUTAN. Harga adalah mengikut harga yang ditetapkan oleh JPJ. (Caj perkhidmatan mengurus akan dikenakan).

2. PENGANGKUTAN PENUH. Caj pengangkutan dari mula hingga tamat program akan ditambah dari harga asal berdasarkan purata jarak perjalanan dari rumah anda ke litar latihan di Bangi sepanjang tempoh kursus. Caj yang dibenarkan oleh pihak JPJ adalah RM0.50/km sehala.

3. GST. Bermula 01/04/15, Semua transaksi bayaran yang melibatkan kos kepada pihak yang mendaftar dengan GST akan di tanggung oleh pelanggan/calon. Pihak yang terlibat dengan GST:

>. IM (HQ). (sewaan litar, kursus, sewaan kenderaan jika perlu dan tempahan ujian praktikal termasuk test card), - oleh Institut Memandu Amsa.
>. Pusat Ujian Berkomputer (ujian teori dan pengeluaran lesen L) - oleh MyEg Services

SELEKOH 'Z'

SELEKOH 'S'

LESEN KELAS H

HYDROPLANING/AQUAPLANING

ROUNDABOUT

KENDERAAN LATIHAN YANG SELAMAT

HOW TO AVOID CAR ACCIDENTS

Avoiding accidents can save you a lot of time and money

1. Slow down. Obey the speed limit even if every other car is surpassing it. Remember that police officers often stay hidden from view while looking for speeders. If you're caught driving too fast, they won't hesitate to give you a ticket.

2. Let others pass you. Defensive driving means letting others go ahead-not defending your position in traffic. Avoid the urge to be a vigilante ("Oh yeah? Let me show you what it's like to be cut off like that!") Accept the fact that someone is always going to think they're in more of a hurry than you. These are the drivers you want to move far away from, not to 'teach them a lesson.'

3. Try to avoid driving in bad weather. Always keep your windshield wipers going in the rain or snow. Defrost your windshield to keep it from fogging up. Turn on your headlights to help others to see you--this is also the law in some states. If possible, try to avoid driving in the snow at all, especially if your car is rear wheel drive. If you must go out in the snow, drive extra slow, use the brakes and gas pedal gently, and maintain an increased stopping distance.

4. Never get into a car with a drunk driver. It is always best to have a "designated driver". Never drive after you have had alcoholic beverages. Even one beer can alter your ability to drive safely.

5. Wear a seatbelt. This is a must. By law in many countries, all cars must have a safety restraint. Buckling up only takes a second and can save your life in an accident. Children should always be in a booster seat or car seat until they are tall enough and heavy enough to sit by themselves. This generally includes children age eight and under. Never put a child in a car or booster seat in the front passenger seat or other seat with airbags. Children should generally be 12 and older when sitting in the front passenger seat.

6. Keep your car and its accessories in good condition. Keep the tires properly inflated, the brakes adjusted, and the windshields and windows clean. Replace windshield wiper blades when they begin to streak, and all make sure all the lights are working properly.

7. Use your signals properly. Always use your signal, even if you think no one is there. When changing lanes on the freeway, don't signal as an afterthought or during the lane change. Signal at least a couple of seconds in advance so others know what you're going to do before you do it. (Ever notice how most of the skid marks along the highway are just before an exit ramp? - this is where you have to be the most careful.)

8. Don't tailgate. No matter how slowly traffic is moving, keep at least two seconds of following distance between you and the car ahead. Any less and you won't be able to stop in time if the driver ahead slams on the brakes.

9. Keep your eyes moving. Don't get in the habit of staring at the back of the car ahead of you. Periodically shift your eyes to the side-view mirrors, the rear-view mirror, and ahead to where you'll be in 10-15 seconds. Doing this, you can spot a potentially dangerous situation before it happens.

10. Dim your lights when driving at night, when another car is approaching, or when you are following behind a vehicle. Your lights can temporarily blind another driver.

11. Avoid distractions when you are driving. Pull over if you need to talk on the phone, read directions, or eat a snack. It only takes a second or two of distraction to get into trouble.

TRANSLATE